![]() |
| cs5:5 rukun negara |
Segaris Ilmu
Ahad, 1 Disember 2013
Seharusnya rakyat MALAYSIA!!!!!!!
Isnin, 25 November 2013
Rukun Negara
Apa itu Rukun Negara ?
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Kandungan Rukun Negara :
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Kandungan Rukun Negara :
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
- Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
- Memelihara cara hidup demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Ikrar :
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Sejarah pembentukan Rukun Negara :
Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 di Pulau Pinang, 1960 di Pangkor, 1966 di Bukit Mertajam, 1967 di Pulau Pinang dan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.
Rukun Negara merupakan hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.
Langgan:
Ulasan (Atom)

